Friday, January 14, 2011

Kembali Sibuk..

Selamat berhujung minggu..
hai semua..lama betul tak update blog kesayangan saya ini..saya doakn tahun baru ini kehidupan kita lebih barakah..Prinsip saya tahun ini ialah “mengutamakan yang utama.”oleh itu saya tidak berani berazam untuk mengupdate blog setiap hari,
Tahun 2011
Waktu persekolahan saya 7.20-4.15 ,manakala waktu persekolahan anak sulung saya 7.15am-6.00pm(kesian dia bersekolah lebih lama dari saya bekerja)
Waktu memasak pula 5.45-7.00 pm
Waktu Bersama anak-anak pula 8-11 malam
Waktu menyiapkan pakaian utk kerja 11.00-11.30
Waktu tidur paling awal 11.59pm

Jadi bila Tugas seorang Hamba Allah+ Anak +Isteri+Ibu+Guru...maka terfikir juga untuk menghadiri Seminar Teknik Pengurusan Masa...@ Pengurusan Stress..tapi bila badan penat dan balik tengok muka anak-anak hati jadi tenang w/pun kiri kanan mereka menarik baju saya,ada yg merajuk,minta dukung,minta buatkan milo,minta mcm-mcm utk dapatkan perhatian...lelah jugak di buatnya...

Namun keriuhan itu akan hilang bila anak-anak tinggalkan kita dan membawa haluan mereka bersama keluarga mereka..itu pasti dan
perpisahan ini menerbitkan rasa rindu yang mendalam.
Bagaimanapun hubungan antara anak dengan ibu bapa bukanlah hubungan yang mutlak. Ia akan terputus apabila ada di antaranya dipanggil menemuiNya.


3"Cinta" Mama&Abah
Mama tak sempurna, tapi mama akan cuba sempurnakan kehidupan kalian bertiga.Mama&Abah akan bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memberikan kalian kehidupan yang lebih baik
Semoga menjadi anak soleh dan solehah. Amin..

Mama: Merasa diri ini sgt bertuah kerana punya Mak & abah yang sgt menyayangi saya. Terima kasih mak & abah. Hidupku tak betah berdiri tegap tanpa keduamu. Anak-anak, adakah kamu bertiga akan berperasaan begini bila dewasa nnti?

Selamat meneruskan Kehidupan..
Lots Of Love


2 comments:

  1. Akak ada tag Ina, silalah ke blog akak...

    ReplyDelete
  2. Huhu...sangat penat bekerja dan menjadi surirumah pada masa yg sama kan? Takutnya nak kembali bekerja...takut stress dan tak mampu menguruskan masa, diri, keluarga dan rumahtangga...ntah mcm mana org lain buat?

    ReplyDelete