Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Alhamdulillah Selesai BUKU 1 BACALAH ANAKKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang....

Assalamualaikum wrt....

Alhamdulillah Good Job Amna & Anis! Mama
rasa sangat gembira sangat dengan anak2 mama. Malam tadi dua2 dah habis buku 1 esok kita sambung buku 2 pula yer sayang . 

Sebenarnya Mencabar rasanya bila masuk fasa mengajar anak2 kembar membaca .Mereka suka beraktiviti bersama jadi saya kena ajar mereka berdua serentak. Tak boleh nak terlambat sikit. Mesti ada yang merajuk nanti.

Kaedahnya ... kenalah baca bersama-sama atau berselang seli. Tak lama pun... 5 minit aje setiap sesi. Satu hari ulang 2-3 kali aje pun. Kalau mama rajin...Nanti cuti sekolah Kita baca 10 minit sehari pulak yer

Syaratnya... suara saya kena lembut, tak boleh garang2 nanti Mereka Berdua akan Merajuk Simpan BUKU . Doa mama sblm ajr kalian membaca ialah  kalian  dapat mencerap ilmu dengan mudah.

... jangan pandang rendah pada kebolehan anak2 ye. Dan jangan sekali2 bandingkan antara satu sama lain.
Anak saya yg sulung Aiman Husaini dah 5 tahun.
Alhamdulillah sudah pandai membaca hanya 2 jam sahaja waktu yang berkualiti yang saja ada untuk mengajar semua perkara padanya..kekadang saya terfikir saya boleh tolong anak murid saya dalam peperiksaan yang besar..kenapa saya tak boleh ajar anak sendiri membaca?saya dan suami  sedar bahawa sistem pendidikan sekarang sudah maju...sesiapa yang masuk tahap 1 tidak tahu membaca alamaknya masuk kelas permulihan dan dia akan terus tercicir...

Maka kami suami isteri membuat kesimpulan baru, Gaya hidup kami sekeluarga perlu disemak semula...pendekatan baru perlu digunakan serta formula baru perlu dicari ..akhirnya...kami membuat kesimpulan :

1. Solat Maghrib berjemaah..selepas solat maghrib abang , kakak n adik perlu baca iqra', buku bacalah anakku ..kami mulakan amalan ini lepas mama dan

Saya berdoa agar budaya ini terus lekat dan sebati untuk kami sekeluarga..
Sebenarnya, bagi mama..kami sekeluarga banyak lagi kekurangannya...tetapi kita menulis atau bercakap mungkin cukup senang...tetapi untuk dijadikan amalan hidup ini cukup payah...perlu fikir n buat untuk kita dan generasi kita...kepada yang sudah jadi budaya hidup, mungkin usaha kami tak seberapa....tetapi bagi mama inilah anjakan pradigma untuk kami sekeluarga.

Salam Sayang
MamaIna

Saturday, August 20, 2011

Mendidik Anak Dengan Cinta

Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?
Anak- anak adalah anugerah yang amat berharga

Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.

Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.

Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.

Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.

Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.
Bagaimana kita memarahi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.
Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menguasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.

Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.
Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka. credit http://anakkusayang.com

Lots Of Love
MamaIna

Monday, January 24, 2011

Didiklah Mereka Kerana Allah......

Assalamualaikum buat semua,

Menjelang tahun  2011 ...

pesanan saya pada diri sendiri dan  pada rakan guru ... lapangkan dada, positifkan minda, mulakan dengan niat yang ikhlas, lakukan kerja kita itu dengan pemahaman yang baik dan betul akan setiap tugas kita agar bila sahaja kita bertemu Allah segala kerja kita diangkat menjadi amalan soleh disisi Allah. Jadikan kerja menjadi IBADAH. Hanya Allah dapat membalas segala usaha dan pengorbanan mu wahai guru.

Sebagai warga pendidik, rutin saya bila menjelangnya sesi baru persekolahan  ...  bermesyuarat mengikut unit kurikulum,kokurikulum,HEM, Panitia untuk merangka, menyusun, merancang pelan tindakan dan melaksanakan apa yg telah dirancang dengan baik ..

Contohnya pagi ini Program Mentor- Mentee bersama pelajar, petangnya pula  saya  meghadiri mesyuarat khas untuk satu program besar sekolah"2011 Asian Gifted Student’s Fair..bersambung pula dengan  pengurusan Hal Ehwal Murid, belum lagi mesyuarat Panitia dan macam2 lagi. Lancar atau tidak program 2011 ... bergantung bagaimana kita merancang perjalanan tersebut dan seterusnya melaksanakan. Gagal kami merancang bermakna kami meracang untuk menemui kegagalan ditahun 2011 ini.

"Jadi cikgu mudah, senang je, pergi sekolah pagi, tgahri dah balik." Itulah ungkapan biasa bila sebut pasal cikgu . Kekadang rasa geram dalam hati tapi apakan daya ... dah itu pandangan orang. bersabar aje lah. Itu belum lagi sindiran atau penghinaan dari golongan tertentu yang rasa hebat dalam diri. " cuma jadi cikgu aje? " Walhal sapa dia tanpa cikgu ? Boleh dia hebat tanpa golongan bernama guru ini?

Nak cerita bebanan kerja ..... hanya Allah lebih mengtahui. Bayang setiap guru kena urus semua perkara berkaitan tentang diri seorang murid. Kecemerlangan akademiknya, peranganinya, kehebatan kokurikulum nya. Dia lah guru kelas, dialah jurulatih permainan di padang, dialah guru keceriaan sekolah, jika berada di Sekolah Berasrama Penuh dialah kena bawa murid sakit waktu malam .... bayangkan tanggungjawabnya. mungkin yang tak pernah rasa atau bukan guru tak percaya tapi yang dah melaluinya,kami dimarahi oleh waris kerana anaknya dibekalkan kerja rumah yang banyak,namun itu tidak pernah melunturkan semangat kami... itulah hakikat seorang cikgu...kami bekerja untuk kemenjadian seorang insan...agar terdidik sebagai seorang insan yang berguna kepada agama ,bangsa dan negara...yang berminda kelas pertama...
Saya sempat menyelak majalah Dewan Masyarakat edisi Mei 2007 berkisar pahit maung kerjaya seorang guru. Sarat dengan kisah dan teladan yang boleh diambil.
Ya! guru adalah ‘pemula’ kepada si ‘bodoh’ menjadi ‘pintar’ dan guru juga berperanan sebagai seorang ‘ayah’ dan ‘ibu’ kepada pelajar yang kehilangan kasih sayang.

Guru adalah segala-galanya.
Teruskan Perjuangan...