Showing posts with label Anis. Show all posts
Showing posts with label Anis. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Jus Tok Guru

Anak- anak  saya  mengambil jus tok guru setiap hari. Pagi sebelum pergi ke tadika dan malam sebelum mereka tidur.

Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.

Delima
Saidina Ali berkata : “Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut” Buah delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasi jantung berdebar.

Kurma
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong.Kajian oleh Prof.Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan; “ Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat”.Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia meransang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Zaitun
Rasulullah bersabda: “ Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati ” Minyak zaitun boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut, mengeluarkan cacing, menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.

Za’faran
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu Sina.Saidina Ali pernah menyatakan; “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir”.

Buah Tiin
Allah pernah bersumpah atas nama Buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya. (Surah –Tiin)Ia boleh menghilangkan batu buah pinggang dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.

Habbatus Sauda’
Khasiat Habbatus Sauda’ di ketahui melalui Hadis yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda; “ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as-saam (mati)”. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Madu
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69 bermaksud; “ Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”. Al-Quran mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’ iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium, kuprum, silica dan lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda; “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu”

Kismis
Imam Az-Zuhdi berkata; “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan Zabib (kismis)”.Ada hadis yang menyebut; “Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib(kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”.

Saturday, August 20, 2011

Mendidik Anak Dengan Cinta

Apakah anda ingin mendidik anak dengan cara yang mudah atau cara yang berkesan?
Anak- anak adalah anugerah yang amat berharga

Orang yang ingin mendidik anak dengan mudah lebih suka anak mereka menjadi anak yang selalu duduk diam sahaja, menurut kata2 kedua ibubapa dengan perasaan takut. Apabila anak melakukan kesilapan, hukum mereka supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu akan menyebabkan mereka dihukum, jadi mereka takkan mengulangi perbuatan itu lagi.

Maka lahirlah anak yang tidak melakukan perbuatan yang dilarang kerana takut akan hukuman dan ancaman dari kedua ibubapa. Diluar dari lingkungan ibubapa mereka pun bermaharaja lela berbuat sesuka hati.

Atau kebarangkalian lain, lahirlah anak yang selalu memberontak kerana mereka belajar bahawa cara untuk menyuruh orang lain melakukan apa mereka inginkan adalah dengan cara memarahi mereka, sama seperti yang dilakukan kepada mereka.

Seorang anak belajar bagaimana bertindak dengan orang sekelilingnya adalah daripada bagaimana orang sekelilingnya memperlakukan dirinya. Seorang anak yang selalu dimarahi akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia juga perlu memarahi orang lain. Seorang anak yang selalu dimanjai akan belajar bahawa untuk mendapatkan sesuatu dia tidak perlu berusaha apa-apa. Dan begitulah seterusnya.

Bagaimana mendidik anak agar menjadi matang sebelum usia mereka? Layanlah mereka seperti anda melayan seorang dewasa yang belum mengerti apa-apa.
Bagaimana kita memarahi seorang kawan yang menumpahkan dakwat di atas meja kita? Terus memarahi dan mencubit mereka? Apakah logik dari perbuatan itu yang ingin kita tanamkan pada seorang anak?
Seorang anak kecil belum lagi mahir mengawal saraf otot mereka dengan baik. Disebabkan itu, pergerakan mereka tak selancar orang dewasa. Air tertumpah, barangan terjatuh, alatan-alatan yang pecah dan sebagainya akan sering menjadi sebahagian dari jadual sehariannya. Kita yang dewasa pun kadang-kala secara tidak sengaja memecahkan barangan rumah, apatahlagi mereka.
Seorang anak kecil mempunyai perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Disebabkan perasaan inilah mereka dapat berkembang dengan pesat, belajar dengan pantas dan menguasai ilmu kehidupan. Semua yang berada di sekeliling mereka menimbulkan tanda tanya.

Anak yang dipenuhi kehendak perasaan ingin tahu mereka akan menjadi anak yang cepat matang. Anak yang cepat matang akan mudah menerima pelajaran. Anak yang mudah menerima pelajaran, akan sekaligus kurang merosakkan barangan dan kurang menyepahkan. Malah andai mereka diajar bertanggung jawab, mereka akan menjadi pembantu anda yang sangat baik.
Jadi, biarkan mereka bereksperimen. Biar kita susah sebentar, biar kita susah dalam usaha mereka untuk menjadi matang, biar kita susah sekarang, asalkan anak kita lebih cepat menjadi anak yang bijak dan akhirnya dapat menjadi pembantu, bukan lagi penyusah.
Sebab itu pepatah melayu mengatakan bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Anak yang dididik secara ambil mudah oleh kedua ibubapa, memanglah masa kecil mereka lebih mudah kita jaga (bukan didik), tetapi apabila sampai waktu besar, sangat menyusahkan kedua ibubapa, selalu memberontak, selalu mengamuk, tidak mendengar kata, bertindak kasar, dan sebagainya. Ataupun kita bersusah payah memerhatikan pelajaran-pelajaran mereka dengan perasaan redho dan cinta, membimbing mereka dengan lemah-lembut dan kasih sayang, agar mereka nantinya juga menjadi seorang yang lemah lembut dan penuh cinta juga, hasil dari pelajaran yang mereka dapatkan dari orang disekeliling mereka. credit http://anakkusayang.com

Lots Of Love
MamaIna

Friday, January 14, 2011

Kembali Sibuk..

Selamat berhujung minggu..
hai semua..lama betul tak update blog kesayangan saya ini..saya doakn tahun baru ini kehidupan kita lebih barakah..Prinsip saya tahun ini ialah “mengutamakan yang utama.”oleh itu saya tidak berani berazam untuk mengupdate blog setiap hari,
Tahun 2011
Waktu persekolahan saya 7.20-4.15 ,manakala waktu persekolahan anak sulung saya 7.15am-6.00pm(kesian dia bersekolah lebih lama dari saya bekerja)
Waktu memasak pula 5.45-7.00 pm
Waktu Bersama anak-anak pula 8-11 malam
Waktu menyiapkan pakaian utk kerja 11.00-11.30
Waktu tidur paling awal 11.59pm

Jadi bila Tugas seorang Hamba Allah+ Anak +Isteri+Ibu+Guru...maka terfikir juga untuk menghadiri Seminar Teknik Pengurusan Masa...@ Pengurusan Stress..tapi bila badan penat dan balik tengok muka anak-anak hati jadi tenang w/pun kiri kanan mereka menarik baju saya,ada yg merajuk,minta dukung,minta buatkan milo,minta mcm-mcm utk dapatkan perhatian...lelah jugak di buatnya...

Namun keriuhan itu akan hilang bila anak-anak tinggalkan kita dan membawa haluan mereka bersama keluarga mereka..itu pasti dan
perpisahan ini menerbitkan rasa rindu yang mendalam.
Bagaimanapun hubungan antara anak dengan ibu bapa bukanlah hubungan yang mutlak. Ia akan terputus apabila ada di antaranya dipanggil menemuiNya.


3"Cinta" Mama&Abah
Mama tak sempurna, tapi mama akan cuba sempurnakan kehidupan kalian bertiga.Mama&Abah akan bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memberikan kalian kehidupan yang lebih baik
Semoga menjadi anak soleh dan solehah. Amin..

Mama: Merasa diri ini sgt bertuah kerana punya Mak & abah yang sgt menyayangi saya. Terima kasih mak & abah. Hidupku tak betah berdiri tegap tanpa keduamu. Anak-anak, adakah kamu bertiga akan berperasaan begini bila dewasa nnti?

Selamat meneruskan Kehidupan..
Lots Of Love


Wednesday, December 15, 2010

Tips Merangsang Otak Kanan Anak

Orang kata mendidik anak menggunakan flash card ni bagus.

Tahukah anda Sejarah Flashcard bermula dengan idea seorang doktor bedah otak yang bernama Glen Doman..beliau mencari satu kaeadah untuk membantu kanak2 selepas menjalani pembedahan otak...caranya ialah memperlihatkan flashcard scr cepat dan terhad kepada 5 keping setiap sesi dan nyata theraphy tersebut berkesan apabila secara beransur-ansur  anak2 yg mengalami kecederaan otak sembuh dan berjaya membaca..

Di rumah saya pun memang banyak flash card yang dibeli khas untuk anak-anak. Macam-macam tajuk ada, ABC, 123, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran, anggota badan. Mmmm.... tapi, sejauh mana kita menggunakan benda yang dah ada depan mata ni dengan sebaik mungkin? Saya sendiri kurang pasti.

Sebenarnya penggunaan flash card dalam mendidik anak2 ini adalah satu kaedah yang murah dan berkesan. Bagi yang rajin boleh juga membuat flash card sendiri. Bayi seawal usia 2 minggu dah boleh diajar menggunakan flash card.Ada banyak cara sebenarnya mengajar anak menggunakan flash card..salah satu aktiviti  pengenalan yang boleh digunakan ialah

Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu perlahan-lahan dan minta anak-anak anda mengagak kad mana yang anda sedang dedahkan itu. Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad perkataan itu. Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu akan secara tidak langsung meniru kita . Selain dari itu kita boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu.

Berkesan bila saya cuba terapkan pada anak-anak saya. Selain itu, flash card juga boleh digunakan dengan menunjukkan objek yang terdapat dalam gambar tersebut umpamanya, ABC, 123, dan seumpamanya. Tunjukkan pada anak-anak setiap hari selama seminggu, insya-Allah anak-anak berupaya mengingati objek atau huruf pada kad tersebut. Ini disebabkan hasil kerja keras otak kanan anak kita.

Saya sebenarnya ada juga bermain dengan flash card sebagai permainan amna&anis. Kalau rajin ( ???)  tp jgn lupa saya juga ada sifat malas yang harus saya kikiskan demi anak saya. Hehehehe.... sesekali kedengaran Aiman seperti mengajar amna&anis ABC dan 123.
Lots Of Love
 

Thursday, December 9, 2010

Bagaimana saya bertekad untuk cloth-diapering?

Saya Tak tahu pun pasal Cloth Diaper sebelum nie...
Sehinggalah bila saya mula membeli pam susu Spectra dengan seorang kawan,
Dirumahnya penuh dengan CD...satu persatu angie explain pada saya tentang CD..
Tapi apa yg terlintas ialah ishhh mahalnya sekeping RM82..nak kena beli untuk twins mesti 20 keping..
owwwwwhhh tidak mahalnyer (20 X RM82=RM1640)lupakanlah..
ya, itu alasan2 saya pada diri sendiri masa tidak mahu cloth-diapering amna&anis

Bagaimana saya bermula?
Anis. tiba-tiba start ada rashes kat diaper area. mungkin kulit dia sensetif. macam2 cara  saya try buat. tukar kan diapers sejam sekali, tukar brand2 lain, bukak, longgarkan, letak ubat doc bagi, letak baby bottom balm.. memang berkurang, tapi sehari dua jadi balik. kadang kadang tumbuh biji2. kadang2 melecet macam melecur panggil mak long suruh tengok. selama seminggu dok pening kepala,jadi masa umur 4 bulan,saya dah nekad nak pakaikan cloth diaper

Bagaimana saya mulakan?
Saya terus teringakan angie.Bila saya call angie tanya kenapa pam ada masalah ker?
Saya cakap nak cuba CD untuk anak..jd angie cadangkan untuk saya cuba

Happy Heinys & Bum Genius

Harganya RM82/sekeping(saya pujuk en suami beli 4 keping untuk cuba dulu)

seminggu saya  mencuba..hinggalah terjumpa dengan "Lunatots" dan
berbual dengan ownernya sendiri Suraya diPertandingan Bayi Pa&Ma’2009di Klang Parade
Saya ambil gambar ini dalam blog Sue..


Saya jumpa Kak Ina dan beliau adalah reseller Lunatots di kawasan Klang
Putih bersih muka Kak Ina ni (berbeza dengan org sebelah)
Ada 3 orang anak. Dan kalau saya ada 3 org anak, kemungkinan keseluruhan serkup saya tu mengambil ruang lebih besar adalah tinggi



Terima Kasih Sue di atas pujian itu..skrg saya Reseller di Penang bukan di klang lagi
Lunatots
 Secara peribadi saya amat sukakan lampin kain ini kerana amat lembut dan gebu. Insertnya lebih kemas dan lebih putih setanding jenama yg mahal.
bertambah lg koleksi CD..tgklah model ini berCD 

Model CD saya.


Anggaran kos

Kos bagi lampin pakai buang (DD)

Si kembar menggunakan 12 DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (kos standard DD)

RM0.60 X 12= RM7.20 sehari
RM7.20 X 365 hari= RM2628 setahun
RM1533 X 3 = RM7884 untuk 3 tahun
[3 tahun purata usia untuk  pandai ke tandas sendiri]

Kos menggunakan lampin kain moden (CD)
Untuk kemudahan, sekurang-kurangnya 30 helai diperlukan.

Sehelai lampin (CD) : RM46 Beli 30 helai : 30 x RM 46 = RM 1380
[lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh]

Kos ini akan kekal sepanjang 3 tahun dan boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah cahaya mata yang baru :)

Penjimatan : RM 7884 (DD) - RM1380 (CD) = RM6504!!!
Jadi dah tak ada alasan lg bila encik suami melihat penjimatan yang begitu besar..Anda bila lagi?

Nanti saya share lg kenapa kita perlu gunakan CD untuk anak- anak yer
Lots Of Love


Sunday, December 5, 2010

Jadilah Anak Yg Soleh&Solehah

Ya Allah, berikanlah kejayaan buat anak-anak kami,kejayaan yang cemerlang di dalam kehidupan mereka. Ya Allah, berikanlah kesihatan, akal yang cergas, kuat daya ingatannya dan sentiasa tenang dalam kehidupan mereka. Limpahkanlah rahmatMu kepada mereka dan semua rakan karib mereka di mana-mana saja mereka berada.



Terima Kasih Ya Allah
Anugerah yang cukup istimewa ini..
Jgnlah engkau mengadu masalahmu kpd yg lain drpd Allah. Org yg menjadi tempat engkau mengadu itu mungkin sahabatmu dan mungkin musuhmu. Jika dia seorg sahabat, masalahmu itu hanya akan menyusahkan hatinya. Jika dia seorg musuh, masalahmu tadi akan membuka peluang untuknya.”(Shuraih al-Qadi) “Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kpd Allah.” (maksud Yusuf:86)

Lots Of Love