Wednesday, December 15, 2010

Tips Merangsang Otak Kanan Anak

Orang kata mendidik anak menggunakan flash card ni bagus.

Tahukah anda Sejarah Flashcard bermula dengan idea seorang doktor bedah otak yang bernama Glen Doman..beliau mencari satu kaeadah untuk membantu kanak2 selepas menjalani pembedahan otak...caranya ialah memperlihatkan flashcard scr cepat dan terhad kepada 5 keping setiap sesi dan nyata theraphy tersebut berkesan apabila secara beransur-ansur  anak2 yg mengalami kecederaan otak sembuh dan berjaya membaca..

Di rumah saya pun memang banyak flash card yang dibeli khas untuk anak-anak. Macam-macam tajuk ada, ABC, 123, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran, anggota badan. Mmmm.... tapi, sejauh mana kita menggunakan benda yang dah ada depan mata ni dengan sebaik mungkin? Saya sendiri kurang pasti.

Sebenarnya penggunaan flash card dalam mendidik anak2 ini adalah satu kaedah yang murah dan berkesan. Bagi yang rajin boleh juga membuat flash card sendiri. Bayi seawal usia 2 minggu dah boleh diajar menggunakan flash card.Ada banyak cara sebenarnya mengajar anak menggunakan flash card..salah satu aktiviti  pengenalan yang boleh digunakan ialah

Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu perlahan-lahan dan minta anak-anak anda mengagak kad mana yang anda sedang dedahkan itu. Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad perkataan itu. Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu akan secara tidak langsung meniru kita . Selain dari itu kita boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu.

Berkesan bila saya cuba terapkan pada anak-anak saya. Selain itu, flash card juga boleh digunakan dengan menunjukkan objek yang terdapat dalam gambar tersebut umpamanya, ABC, 123, dan seumpamanya. Tunjukkan pada anak-anak setiap hari selama seminggu, insya-Allah anak-anak berupaya mengingati objek atau huruf pada kad tersebut. Ini disebabkan hasil kerja keras otak kanan anak kita.

Saya sebenarnya ada juga bermain dengan flash card sebagai permainan amna&anis. Kalau rajin ( ???)  tp jgn lupa saya juga ada sifat malas yang harus saya kikiskan demi anak saya. Hehehehe.... sesekali kedengaran Aiman seperti mengajar amna&anis ABC dan 123.
Lots Of Love
 

1 comment:

  1. Good Luck Mama Ina, teruskan usaha, memang anak akan cepat ingat apa yg kita tunjuk dan sebut...saya pun guna flash card, dan skrg my daughter boleh baca semua flash card dia..tp masih byk juga usaha diperlukan ni...bukan malas, cuma kadang2 mama ni terleka dan terlupa...

    ReplyDelete