Friday, February 4, 2011

Cuti-Cuti Cameron Highland

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak bawak anak2 jalan2 ke Cameron Highland...ringkasnya, kami bertolak hari rabu pagi melalui simpang pulai hanya 1jam dari Gopeng dan stay kat Star Regency Hotel cuma 1 malam..seronoknya kalau pergi 2@ 3 malam n better beli tourist guide untuk memudahkan perjalanan...oleh kerana cuaca yang baik petang dan pagi maka byk sgt gambar, kalau boleh mcm semua nak letak kat blog tapi kalau letak sume, ada yg muntah hijau lak..jadi cukup lah untuk kenangan kami anak beranak

Aiman,Amna & Anis

Perfect family portrait
time to say goodbye to the hotel
Di Ladang Teh Bharat Cameron Valley
Di ladang teh Puncak Brinchang
                 
Raju's hill strawberry park
                Mereka nampak comel di mata saya kerana cuma setinggi pokok teh...

Aiman Husaini di Bharat Teh
Dia itu adalah ABAH
Dan kasihnya lebih dari apa yang selalu dia buat..
Kami sayang padanya Ya Allah..
Kami sangat memerlukannya setiap saat..
Dia sangat Istimewa..
Ya Allah Sihatkanlah Tubuh badannya..
Panjangkan Usia dan murahkan rezekinya..
Kerana dia kurniaan Allah,kami amat bahagia..Amin

Mama:InsyaAllah panjang umur..murah rezeki satu hari nanti nak datang lagi..we had great memories, why not come again..hehe

Friday, January 28, 2011

Kek Coklat Moist lagi....

Resepi hari ini dinamakan resepi ekspres.
Mana taknya, ianya dibuat bila si anak sulung ucapkan nak makan sgt kek coklat. Katanya, dia suka kek coklat yg mama buat....
Hai anak  apa saja untukmu mama tak tido malam pun tidak mengapa...
Nanti mama menuntut ilmu dengan mak long yer untuk buatkan cheese cake yg nampaknya tersangatlah sedap....

Selamat mencuba anda-anda semua. hanya satu jam- dah boleh jimat wang – yang paling seronok: bila anak-anak dan suami makan kek air tangan kita 

Satu perkara yang membuat seorang ibu bahagia, bila dia sediakan sesuatu hidangan utk keluarga, dia hidangkan dengan sepenuh hati. Dan selalunya, isi keluarga tak akan mengomen- malah makan dgn banyak – walau tak tahu sedap ke tak atau hanya nak ambil hati hehehe

Mama:Keluarga didahulukan ,pencapaian diutamakan..

Lots Of Love

Monday, January 24, 2011

Didiklah Mereka Kerana Allah......

Assalamualaikum buat semua,

Menjelang tahun  2011 ...

pesanan saya pada diri sendiri dan  pada rakan guru ... lapangkan dada, positifkan minda, mulakan dengan niat yang ikhlas, lakukan kerja kita itu dengan pemahaman yang baik dan betul akan setiap tugas kita agar bila sahaja kita bertemu Allah segala kerja kita diangkat menjadi amalan soleh disisi Allah. Jadikan kerja menjadi IBADAH. Hanya Allah dapat membalas segala usaha dan pengorbanan mu wahai guru.

Sebagai warga pendidik, rutin saya bila menjelangnya sesi baru persekolahan  ...  bermesyuarat mengikut unit kurikulum,kokurikulum,HEM, Panitia untuk merangka, menyusun, merancang pelan tindakan dan melaksanakan apa yg telah dirancang dengan baik ..

Contohnya pagi ini Program Mentor- Mentee bersama pelajar, petangnya pula  saya  meghadiri mesyuarat khas untuk satu program besar sekolah"2011 Asian Gifted Student’s Fair..bersambung pula dengan  pengurusan Hal Ehwal Murid, belum lagi mesyuarat Panitia dan macam2 lagi. Lancar atau tidak program 2011 ... bergantung bagaimana kita merancang perjalanan tersebut dan seterusnya melaksanakan. Gagal kami merancang bermakna kami meracang untuk menemui kegagalan ditahun 2011 ini.

"Jadi cikgu mudah, senang je, pergi sekolah pagi, tgahri dah balik." Itulah ungkapan biasa bila sebut pasal cikgu . Kekadang rasa geram dalam hati tapi apakan daya ... dah itu pandangan orang. bersabar aje lah. Itu belum lagi sindiran atau penghinaan dari golongan tertentu yang rasa hebat dalam diri. " cuma jadi cikgu aje? " Walhal sapa dia tanpa cikgu ? Boleh dia hebat tanpa golongan bernama guru ini?

Nak cerita bebanan kerja ..... hanya Allah lebih mengtahui. Bayang setiap guru kena urus semua perkara berkaitan tentang diri seorang murid. Kecemerlangan akademiknya, peranganinya, kehebatan kokurikulum nya. Dia lah guru kelas, dialah jurulatih permainan di padang, dialah guru keceriaan sekolah, jika berada di Sekolah Berasrama Penuh dialah kena bawa murid sakit waktu malam .... bayangkan tanggungjawabnya. mungkin yang tak pernah rasa atau bukan guru tak percaya tapi yang dah melaluinya,kami dimarahi oleh waris kerana anaknya dibekalkan kerja rumah yang banyak,namun itu tidak pernah melunturkan semangat kami... itulah hakikat seorang cikgu...kami bekerja untuk kemenjadian seorang insan...agar terdidik sebagai seorang insan yang berguna kepada agama ,bangsa dan negara...yang berminda kelas pertama...
Saya sempat menyelak majalah Dewan Masyarakat edisi Mei 2007 berkisar pahit maung kerjaya seorang guru. Sarat dengan kisah dan teladan yang boleh diambil.
Ya! guru adalah ‘pemula’ kepada si ‘bodoh’ menjadi ‘pintar’ dan guru juga berperanan sebagai seorang ‘ayah’ dan ‘ibu’ kepada pelajar yang kehilangan kasih sayang.

Guru adalah segala-galanya.
Teruskan Perjuangan...

Friday, January 14, 2011

Kembali Sibuk..

Selamat berhujung minggu..
hai semua..lama betul tak update blog kesayangan saya ini..saya doakn tahun baru ini kehidupan kita lebih barakah..Prinsip saya tahun ini ialah “mengutamakan yang utama.”oleh itu saya tidak berani berazam untuk mengupdate blog setiap hari,
Tahun 2011
Waktu persekolahan saya 7.20-4.15 ,manakala waktu persekolahan anak sulung saya 7.15am-6.00pm(kesian dia bersekolah lebih lama dari saya bekerja)
Waktu memasak pula 5.45-7.00 pm
Waktu Bersama anak-anak pula 8-11 malam
Waktu menyiapkan pakaian utk kerja 11.00-11.30
Waktu tidur paling awal 11.59pm

Jadi bila Tugas seorang Hamba Allah+ Anak +Isteri+Ibu+Guru...maka terfikir juga untuk menghadiri Seminar Teknik Pengurusan Masa...@ Pengurusan Stress..tapi bila badan penat dan balik tengok muka anak-anak hati jadi tenang w/pun kiri kanan mereka menarik baju saya,ada yg merajuk,minta dukung,minta buatkan milo,minta mcm-mcm utk dapatkan perhatian...lelah jugak di buatnya...

Namun keriuhan itu akan hilang bila anak-anak tinggalkan kita dan membawa haluan mereka bersama keluarga mereka..itu pasti dan
perpisahan ini menerbitkan rasa rindu yang mendalam.
Bagaimanapun hubungan antara anak dengan ibu bapa bukanlah hubungan yang mutlak. Ia akan terputus apabila ada di antaranya dipanggil menemuiNya.


3"Cinta" Mama&Abah
Mama tak sempurna, tapi mama akan cuba sempurnakan kehidupan kalian bertiga.Mama&Abah akan bekerja dengan lebih kuat lagi untuk memberikan kalian kehidupan yang lebih baik
Semoga menjadi anak soleh dan solehah. Amin..

Mama: Merasa diri ini sgt bertuah kerana punya Mak & abah yang sgt menyayangi saya. Terima kasih mak & abah. Hidupku tak betah berdiri tegap tanpa keduamu. Anak-anak, adakah kamu bertiga akan berperasaan begini bila dewasa nnti?

Selamat meneruskan Kehidupan..
Lots Of Love


Saturday, December 25, 2010

Choc banana cake

Petang semalam ada pisang emas didapur comel saya..dah lama sebenarnya saya berangan  nak buat kek pisang.masa mengandungkan si kembar saya dah cuba tapi tak jadi ....tp bukan kek pisang biasa kat kedai tu...yang saya dah lama idamkan ini  namanya Choc banana cake...memang sangat sedap...saya tersenyum riang bila en suami cakap ini ini memang choc cake yg paling sedap dia makan...inilah rupanya yg dikatakan  pengalaman adalah guru yg paling berharga,...dan lepas nie saya tak akan beli lg Choc banana cake @Moist chocolate cake...kredit to Jurnal Resipi Bdaria..

kek saya naik elok dan yang paling penting....sedap dan moist sangat
Tapi kan diet saya dah rosak akibat rasa kek yg sangat best ini,kerana banyak sangat saya makan...tapi anda jgn lupa begitu banyak khasiat yg diperolehi dari pisang ialah...
# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
Mama: Tunggu yer ... resipi Jemput Pisang Oats yg sangattt sedap dan sesuai untuk minum petang di kala hujan...

Lots Of Love

 

Wednesday, December 15, 2010

Tips Merangsang Otak Kanan Anak

Orang kata mendidik anak menggunakan flash card ni bagus.

Tahukah anda Sejarah Flashcard bermula dengan idea seorang doktor bedah otak yang bernama Glen Doman..beliau mencari satu kaeadah untuk membantu kanak2 selepas menjalani pembedahan otak...caranya ialah memperlihatkan flashcard scr cepat dan terhad kepada 5 keping setiap sesi dan nyata theraphy tersebut berkesan apabila secara beransur-ansur  anak2 yg mengalami kecederaan otak sembuh dan berjaya membaca..

Di rumah saya pun memang banyak flash card yang dibeli khas untuk anak-anak. Macam-macam tajuk ada, ABC, 123, haiwan, buah-buahan dan sayur-sayuran, anggota badan. Mmmm.... tapi, sejauh mana kita menggunakan benda yang dah ada depan mata ni dengan sebaik mungkin? Saya sendiri kurang pasti.

Sebenarnya penggunaan flash card dalam mendidik anak2 ini adalah satu kaedah yang murah dan berkesan. Bagi yang rajin boleh juga membuat flash card sendiri. Bayi seawal usia 2 minggu dah boleh diajar menggunakan flash card.Ada banyak cara sebenarnya mengajar anak menggunakan flash card..salah satu aktiviti  pengenalan yang boleh digunakan ialah

Tutupkan kad imbas atau kad perkataan dengan sekeping kad dan kemudian dedahkan flashcard itu perlahan-lahan dan minta anak-anak anda mengagak kad mana yang anda sedang dedahkan itu. Apabila kad itu telah didedahkan anda boleh melagukan perkataan kad imbas atau kad perkataan itu. Bezakan nada suara anda, berbisik dan jeritkan perkataan-perkataan itu. Kanak-kanak itu akan secara tidak langsung meniru kita . Selain dari itu kita boleh membalikkan kad-kad itu dengan cepat agar mereka dapat melihat kad itu sepintas lalu dan ulang semula perbuatan anda itu hinggalah mereka dapat mengagak dengan tepat perkataan untuk flashcard itu.

Berkesan bila saya cuba terapkan pada anak-anak saya. Selain itu, flash card juga boleh digunakan dengan menunjukkan objek yang terdapat dalam gambar tersebut umpamanya, ABC, 123, dan seumpamanya. Tunjukkan pada anak-anak setiap hari selama seminggu, insya-Allah anak-anak berupaya mengingati objek atau huruf pada kad tersebut. Ini disebabkan hasil kerja keras otak kanan anak kita.

Saya sebenarnya ada juga bermain dengan flash card sebagai permainan amna&anis. Kalau rajin ( ???)  tp jgn lupa saya juga ada sifat malas yang harus saya kikiskan demi anak saya. Hehehehe.... sesekali kedengaran Aiman seperti mengajar amna&anis ABC dan 123.
Lots Of Love
 

Tuesday, December 14, 2010

Kisah Cream Puff dan Jumlah kalorinya..

Ada banyak perkara dalam fikiran nie,walaupun saya senyap...
sb byk perkara yg saya nak kongsikan bersama kawan- kawan

Alhamdulillah saya dan anak2 baru pulih dari terkena virus Chicken Pox..3 minggu saya di rumah
Jemu nyer tak terkata sb saya suka berjalan- jalan..jadi bila tak dapat keluar rumah dek kerana muka yg masih banyak parut (anda ada petua untuk bantu licinkan muka saya?? Hadiah misteri menanti petua yg berkesan) maka saya pun masuk ke dapur untuk beraksi sbg chef..hehe sekadar untuk dihidangkan untuk encik suami dan anak2..
Ini dia kesukaan saya sejak kecil kalau ke bakery inilah yg saya rebut dulu...
Akhirnya berjaya jugak..cubaan pertama hanya 10 biji cream puff,sila ke sini utk resipi asal
Esok saya buat lagi..


Jumlah kalori untuk menu minum petang saya:
4 cream puff (with custard filling) = 236 kcal

Milo (w/out sugar) = 113 kcal
Jumlah:349kcal

Jumlah  kalori pagi tadi:
2 keping roti putih Gardenia = 151 kcal

Mentega (30 gm) = 203 kcal
Air kosong = 0 kcal
Oat drink perisa coklat =
106 kcal
Jumlah : 467 kcal. 


Jumlah  kalori tengahari tadi:
Nasi (separuh) = 103.5 kcal
Ayam masak merah (dada) = 317 kcal
Sayur campur = 79 kcal
Kerabu tomato = 20 kcal
Jumlah:519.5

Jumlah  kalori malam nanti???
saya tak mau makan lagi malam nanti
cuma
Air kosong = 0 kcal

Mama:Anda tolong kira utk saya boleh..hehe saya takut nak jumlahkan kesemuanya